Tuesday, August 26, 2008

Khusyuk dalam solat. (cont..)

Ini adalah sambungan kepada post saya yang lepas bertajuk "How to get into the state of Khusyuk". Saya bukanlah ahli ibadah yang hebat yang sentiasa khusyuk dalam setiap solat tetapi saya sentiasa memperbaiki mutu solat saya kerana solat bagi saya (dan sepatutnya bagi setiap muslim) adalah satu pertemuan dengan Allah S.W.T.

Ia mengisi masa kehidupan saya seharian sebanyak 5 kali. Saya membayangkan jika solat yang sebegitu kerap dilaksanakan tidak dapat memberi apa-apa kesan ke atas diri saya, maka sia-sialah saya menghabiskan masa saya untuk bersolat. Dan saya pasti inilah yang berlaku keatas orang-orang Islam yang meninggalkan solat. Mereka mungkin tidak merasakan apa-apa kesan keatas diri mereka selepas melakukan solat, jadi mereka tidak dapat merasakan keperluan untuk bersolat sedangkan orang yang khusyuk di dalam solat adalah orang yang berjaya disisi Allah S.W.T.

Kejayaan disisi Allah S.W.T adalah kejayaan yang mutlak dan itulah kejayaan yang sebenar. Seorang pelajar yang berjaya dalam pelajarannya, berjaya mendapat 12A1 dalam SPM, kemudian berjaya mendapat CGPA 4.00 di matrikulasi, kemudian berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor di Universiti, kemudian berjaya mendapatkan Master Dan PHD, tidaklah dapat dipastikan lagi bahawa itu adalah suatu kejayaan bagi dirinya kalau semuanya itu masih tidak dapat menjadikan dia taat dan tunduk kepada perintah Allah S.W.T.

Antara tips khusyuk di dalam solat post yang lepas ialah :-

1) Faham apa yang dibacakan.
2) Merasakan pengawasan Allah S.W.T sekurang-kurangnya 5 minit sebelum solat.
3) Sembahyang seperti sembahyang yang terakhir.

Tips yang keempat ialah, sembahyang dengan kelajuan yang sederhana.

Rasulullah S.A.W sangat menekankan supaya kita tenang di dalam melakukan solat dan baginda pernah bersabda bahawa solat adalah penyejuk mata baginda. Tidak akan sejuk mata manusia pada perkara yang kelam-kabut. Sembahyang yang dilakukan perlulah diimbangi antara perbuatan dan pertuturan. Jadilah orang yang adil di dalam sembahyang, letakkan setiap perkara pada tempatnya. Tasbih ketika rukuk dibaca habis di dalam rukuk.
Tasbih ketika sujud dibaca habis di dalam sujud. Dan begitulah seterusnya sehingga selesai salam.

Itu sahaja setakat ini, jika ada yang terlintas, saya akan postkan kelak. Jika pembaca ada tips-tips lain , bolehlah kiranya kita berkongsi bersama (tinggal-tinggalkanlah comment) untuk memperbaiki ibadah kepada Allah S.W.T.


Monday, August 25, 2008

tazkirah

Tuesday, August 19, 2008

Hadis : Doa itu Ibadat



Majelis : Bersama Habib Munzir

Hari Ahad lepas, saya berkunjung ke Masjid Al-Falah di USJ kerana meraikan kunjungan Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa dari Jakarta, Indonesia. Majlis bermula pada sebelah petang dengan bacaan Wirdul Latif oleh Imam Besar Masjid Al-Falah sehingga azan maghrib dikumandangkan. Saya sangat teruja untuk melihat Habib dari jarak yang dekat, sehingga bermimpi berjumpa dengannya beberepa hari sebelum itu. Sebelum ini , saya hanya mengikuti Tausiahnya menerusi laman webnya sahaja iaitu di Majelis Rasulullah.

Selepas solat maghrib, kelihatan Habib yang bersembahyang dari sebelah kiri masjid maju ke hadapan dan para hadirin mengesotkan punggung untuk duduk berapat-rapat antara mereka. Persis mirip keadaan zaman ketika sahabat-sahabat Nabi S.A.W duduk mendengar khutbah baginda S.A.W. Majlis dimulai dengan bacaan Mawlid yang agak panjang tetapi sangat best (tahap maksimum) sehingga dapat merasa seolah-olah hadirnya Rasulullah S.A.W ,dibaca sehingga waktu Isya, kemudian selepas azan barulah dimulakan ceramah oleh Habib Munzir dengan style beliau yang tersendiri, mungkin anda perlu mendengarnya sendiri di Majelis Rasulullah.

Thursday, April 24, 2008

Pembetulan Niat

Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa Allah S.W.T akan memudahkan jalan ke syurga bagi orang yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu.Berbagai-bagai ilmu ada dimuka bumi Allah S.W.T ini dan ianya tidak mencakupi hanya ilmu agama sahaja. Ilmu yang Rasulullah S.A.W maksudkan ini adalah apa-apa ilmu yang dipelajari dengan niat kerana Allah S.W.T. Mari kita muhasabah diri kita kembali, melihat jauh kedalam sudut hati niat kita untuk belajar. Antara rata-rata manusia yang belajar disekolah-sekolah , universiti-universiti , berapa keratkah yang sanggup menilai kembali niat mereka belajar.

Antara niat yang paling popular sekali ialah :
  • Belajar untuk mendapatkan gaji yang lumayan,hidup yang senang, kereta mewah, perempuan-perempuan cantik akan tertarik. :)
Apakah sempitnya orang yang berfikiran begini. Apakah jahilnya dia sehingga tidak tahu luasnya akhirat dan sempitnya dunia. Dunia dikejar makin menyesakkan dada, merosakkan fikiran, menghilangkan hati budi, rosak akhlak manusia menurut hawa nafsu. Pernah satu ketika Rasulullah S.A.W membandingkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, katanya ..

Seperti kamu mencelup tangan kamu di dalam laut, kemudian kamu angkat tangan kamu dan air yang menitis dari tangan kamu itulah dunia. Dan akhirat itu lah laut yang terbentang luasnya.

Ataupun yang paling best ialah tak tahu kenapa dia pergi belajar. Dimanakah erti kehidupan sebagai seorang muslim jika kita memisahkah antara "belajar dan Allah S.W.T". Apakah muslim itu orang yang pergi bersembahyang sahaja?. Atau apakah ianya orang yang berpuasa menahan lapar di bulan ramadhan? . Pasti jawapannya tidak sama sekali!. Seorang muslim kehidupannya dari mula bangun pagi sehinggalah tidur semula di malam hari, tidak terlepas dari hukum-hukum Allah S.W.T dan senantiasa berzikir mengingati Allah S.W.T.

Kerana Rasulullah pernah berkata,

Bukankah dunia itu dilaknati?. Apa yang ada padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya; dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu.

Oleh yang demikian, jomlah kita munasabah kembali niat kita belajar. Semoga setiap detik dan nafas kita dalam menuntut ilmu diberikan pahala oleh Allah S.W.T yang Maha Kaya. Allah S.W.T adalah maksud kita hidup di dunia ini. Marilah kita jadi hamba yang sebenar, bukan hamba yang berlagak seperti bos lalu melupakan semua arahan yang diberikan.


Friday, April 18, 2008

A Reminder..

Thursday, April 10, 2008

Dunia Ini ibarat..

Dunia ini ibarat lautan yang luas dan manusia ibarat sebuah kapal diatasnya. Maksud dan tujuan dicipta kapal hanyalah untuk berjalan diatas permukaan air sahaja. Inilah prinsip hidup seorang muslim, sebagai orang yang diberikan Quran, dia mengendalikan kapalnya dengan sebaik-baik yang mungkin supaya tidak tenggelam didalam lautan yang dalam dan gelap gelita.Kerana apabila kapal tidak dikendalikan dengan sebaiknya, ianya akan karam lalu akan menyelinap masuk kebiruan air laut didalam setiap penjuru kapal seperti masuknya dunia didalam hati manusia.

Jadi awaslah wahai diriku dan dirimu, carilah ilmu untuk mengendalikan kapalmu dengan sempurna supaya sampai di pelabuhan dengan selamat. Sedarlah bahawa dunia tidak diciptakan untuk kita, dunia hanya adalah alat untuk kita sampai ke negeri akhirat, negeri yang kekal abadi ke infiniti.Dunia tidak ada harga disisi Allah S.W.T.

Nabi S.A.W telah berkata:

Kalaulah dunia ini ada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk di sisi ALLAH S.W.T, nescaya Allah S.W.T tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air.



Wa Ma Al-Hayatu Ad-Dunya Illa Mata'u Al-Ghurur. [Quran]
Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan[mata'] yang menipu.

Ulama menafsirkan maksud "mata'" ini dengan kesenangan yang seketika. Tetapi ada satu kisah tentang pencarian maksud 'mata'" ini yang dilakukan oleh Ulama yang bernama Imam Sibawei, Seorang ulama bahasa yang hebat. Bahasa al-quran adalah bahasa sastera yang tinggi, apabila suatu perkataan itu tidak diketahui maksudnya, ulama-ulama akan merujuk kepada syair-syair Arab yang klasik untuk memahami maksudnya ataupun mereka akan pergi ke kampung-kampung di kawasan pendalaman, di tepi-tepi bukit untuk menyelidik dengan lebih jelas maksud satu-satu perkataan tersebut kerana bahasa masyarakat kampung di kawasan pendalaman sangat cantik dan bersastera.

Maka, imam Sibawei bermusafir ke sebuah kampung untuk mencari maksud 'mata'' ini . Lalu apabila dia sampai disebuah kampung, dia terdengar seorang budak memanggil ibunya,

Ya Ummi, Ya Ummi.. Telah datang seekor anjing.. Dia mengambil 'mata'' dan dia berlari ke gunung...

Lalu sang imam cepat-cepat melihat apakah yang dibawa oleh anjing tersebut. Lalu dia melihat anjing itu sedang mengonggong lebihan-lebihan makanan yang makan oleh keluarga tadi. Lalu, sang imam pun berpuas hati kerana mengetahui bahawa maksud 'mata' itu ialah sisa-sisa makanan yang dimakan orang. Tiada nilainya disisi manusia, hanya diberi makan kepada anjing.

Wahai diriku dan dirimu, tidaklah bermaksud dunia itu harus ditinggalkan dan kita berlari membawa diri ke dalam gua-gua, tetapi hiduplah seperti biasa, bersosial, membeli-belah, belajar, bekerja, bermain, dan biarlah dunia hanya ada ditanganmu, jangan dunia ada dihatimu.

Larilah mengejar akhirat, nanti dengan sendirinya dunia mengejar kamu.